
Seorang Gadis Maut Direnjat Kabel iPhone
Mengecas telefon semasa tidur sering dilakukan kebanyakan pengguna di Malaysia. Jika tidak bernasib baik, anda pula akan dicas sehingga maut. Itu yang terjadi kepada seorang remaja perempuan di Vietnam apabila dia terkena renjatan elektrik sehingga menyebabkan kematian.
Difahamkan gadis berumur 14 tahun ini sedang tidur di atas katil sambil mengecas telefon pintar Apple iPhone 6 miliknya. Mangsa yang telah dibawa ke hospital bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia.

Polis Forensik mengesahkan kabel yang dijumpai di atas katil dipercayai telah rosak bersama balutan pita pelekat selain ia lebih pendek berbanding kabel yang asli.
Dalam masa sama, pihak polis masih lagi belum mengesahkan ianya kabel asli ataupun kabel daripada pihak ketiga. Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan.
Jadi, kami sarankan anda sebagai pengguna dapatkan kabel yang berkualiti dan dijamin selamat. Mengeluarkan wang yang banyak lebih berbaloi daripada kehilangan nyawa. Mencegah lebih baik daripada merawat.
Sumber : TheStar

