Nama Pengguna Tidak Lagi Dikira Dalam Had Tweet

Dahulu Twitter mengambil langkah tidak lagi mengira media yang dikepil bersama Tweet di dalam kiraan kuota. Langkah tersebut menerima reaksi yang sangat positif dari pengguna kerana ia memberikan pengguna Twitter lebih ruang untuk memuat naik dan membalas Tweet.

Terbaru, Twitter telah mengambil satu lagi langkah positif dengan tidak lagi mengira nama pengguna di dalam kuota 140 aksara. Seiring dengan perubahan ini, anda tidak lagi dapat melihat nama pengguna di dalam balasan Tweet, sebaliknya ia akan dialihkan pada bahagian atas sesebuah Tweet.

You might also like