[Tertiris] Spesifikasi Samsung Galaxy Tab S4 Dengan Skrin 10.5” Dan Cip Berprestasi Tinggi

Peranti terbaru Samsung baru-baru ini telah dilihat melakukan ujian penanda aras. Kali ini ia membawakan model menggunakan kod nombor SM-T835 yang merujuk kepada sebuah tablet dengan nama Samsung Galaxy Tab S4 untuk pengeluaran tahun ini.

Spesifikasi yang didedahkan menerusi GFXBench menunjukkan tablet ini menggunakan paparan beresolusi 2560 x 1600 bersaiz 10.5-inci. Kekuatan dalaman dilengkapi dengan cip Octa-core 2.3Ghz (dipercayai Exynos 8895/Snapdragon 835) bersama grafik Adreno 540. Perkakasan lain yang membantu ialah RAM sebesar 4GB, storan seluas 64GB, dan kamera utama 12 Megapiksel disamping kamera depan 8 Megapiksel. Perisian dalaman menggunakan Android 8.0 Oreo.

Peranti ini dijangka akan diperkenalkan di acara MWC 2018 seiring pelancaran Samsung Galaxy S9. Tiada maklumat mengenai harga dan ketersedian buat masa ini.

Sumber

You might also like