BLU R1 Plus Dilancarkan Dengan Paparan 5.5 Inci dan Bateri 4000mAh

BLU, syarikat yang bertapak di Miami, Amereka Syarikat ini secara rasminya telah membawa masuk peranti baru mereka ke pasaran Malaysia pada bulan April yang lalu. Baru-baru ini mereka melancarkan lagi satu model terbaru iaitu BLU R1 Plus.

Telefon Pintar BLU R1 Plus hadir dengan cip pemproses MediaTek MT6737, pilihan RAM termasuk 2GB dan 3GB, manakala storan dalaman sama ada 16GB atau 32GB. Paparan skrin pula tersedia dengan saiz 5.5 inci 1280 x 720.

Lensa kamera belakang sebesar 13 Megapiksel dan kamera depan pula hanya 8 Megapiksel. Sifat luaran BLU R1 Plus direka dengan ukuran 153 x 76.6 x 10.5mm serta berat sebanyak 190 gram.

Peranti ini dioperasikan oleh Android 6.0 Marshmallow dengan kuasa dari bateri berkapasiti 4000mAh. Harga bagi varian RAM 3GB bernilai USD160 (kira-kira RM694) berbanding varian 2GB pula pada harga USD140 (kira-kira RM607).

You might also like