BLU Secara Rasmi Dibawa Masuk Ke Pasaran Malaysia Dengan Sepuluh Model

Malaysia dilihat sebagai negara memberangsangkan untuk pasaran peranti, kini tiba giliran Blu pula memasarkan produk mereka ke pasaran tempatan. Syarikat yang berasal dari Miami, Florida ini memperkenalkan sepuluh peranti sekali gus termasuk satu model flagship, bekerjasama dengan Hot Gadgets selaku pengedar eksklusif dengan syarikat atas talian Lazada, sama-sama menawarkan pelbagai tawaran istimewa kepada bakal pembeli.

 

BLU Diamond M

Bermula dengan kelas permulaan, BLU Diamond M hadir dengan paparan 5 inci 480p, kamera utama 5 megapiksel dan 2 megapiksel pada kamera hadapan, menggunakan pemprosesan MediaTek MT6580, RAM 512MB, storan 4GB serta bateri 2200mAh. Harga ditawarkan pula serendah RM299.

BLU Vivo 5 Mini

Seterusnya, model BLU Vivo 5 Mini bersaiz kompak mendapat paparan sebesar 4 inci 480p, kamera utama 5 megapiksel LED flash, kamera depan 2 megapiksel, pemprosesan MediaTek 6580, RAM 512MB, storan 8GB serta bateri yang agak kecil 1500mAh.

Harga mampu milik ditawarkan serendah RM299.

 

BLU Grand M

Model yang ke-3 pula diberi nama BLU Grand M, saiz paparan sebesar 5 inci IPS Curved Screen 480p, kamera belakang 5 megapiksel LED flash, kamera depan 3.2 megapiksel dengan bantuan flash.

Pemprosesan MediaTek 6580, RAM 512MB, storan 8GB serta bateri berkapasiti 2200mAh. Harga disyorkan hanya RM369.

 

BLU Energy Diamond

Selain itu, BLU Energy Diamond pula hadir bersama cip pemprosesan sama iaitu MediaTek 6580, RAM 1GB, storan 8GB, kamera utama 5 megapiksel dengan fungsi auto fokus dan depan 2 megapiksel LED flash.

Hadir dengan paparan 5 inci IPS 480p, bateri-nya agak besar iaitu 4000mAh. Harga bagi model ini masih mampu milik hanya RM439, dengan percuma fon telinga JBL Grip 100 yang bernilai RM129.

 

BLU Studio G HD

Beralih ke BLU Studio G HD, ia menyokong sambungan 4G dengan paparan 5 inci 720p. Kamera depan 2 megapiksel dan belakang 5 megapiksel dengan auto fokus, mempunyai RAM 1GB dan storan 8GB.

Cip pemprosesan menggunakan MediaTek 6735, serta membekalkan bateri berkapasiti 2200mAh. Harga bagi peranti ini ialah RM459.

 

BLU Life Max

Pada pengguna yang ingin peranti dengan bateri yang besar, BLU Life Max sesuai buat anda. Paparan skrin besar dengan 5.5 inci HD 720p, kamera belakang 8 megapiksel dengan LED flash, kamera depan 5 megapiksel juga hadir dengan bantuan flash.

Spesifikasi lain termasuk storan dalaman 16GB, RAM 2GB, pemprosesan MediaTek 6737 dan bateri 3700mAh, fungsi tambahan iaitu pengesan cap jari diletakkan di bahagian belakang. Harga ditawarkan pada RM599 dengan percuma fon telinga JBL Grip 100 yang bernilai RM129.

 

BLU Vivo XL 2

Masih di peranti pertengahan, peranti 4G BLU Vivo XL 2 mempunyai paparan skrin sebesar 5.5 inci 720p, turut dibekalkan pemprosesan MediaTek 6737, RAM 3GB dan storan 32GB yang mampu menyokong storan tambahan microSD. Penggambaran kamera depan beresolusi 8 megapiksel, 13 megapiksel kamera belakang sokong fungsi PDAF dan LED flash. Vivo XL 2 yang bateri berkapasiti 3150mAh dijual pada harga RM899, juga akan mendapat percuma fon telinga JBL Reflect Mini yang bernilai RM279.

 

BLU Vivo 5R

Pada BLU Vivo 5R pula hadir dengan paparan skrin 5.5 inci HD penuh, pemprosesan pula MediaTek 6753, RAM 3GB, storan 32GB dengan slot microSD. Kamera belakang 13 megapiksel dengan sokongan PDAF dan bantuan LED flash, manakala kamera depan beresolusi 8 megapiksel.

Mendapat fungsi pengesan cap jari di bahagian belakang serta bateri sebesar 3150mAh, harga disyorkan RM1,059 sekali dengan percuma Speaker mudah alih JBL Trip bernilai RM429.

 

BLU Vivo 6

Sebelum pergi ke bahagian flagship, kita lihat pada BLU Vivo 6 dengan paparan 5.5 inci 1080p, RAM sebesar 4GB, storan 64GB menyokong kad microSD. Kamera depan 8 megapiksel dan belakang menggunakan lensa 16 megapiksel bersama LED flash dengan sokongan PDAF.

Pemprosesan MediaTek 6755 digunakan serta bateri berkapasiti 3130mAh, harga ditawarkan pada RM1399, turut percuma fon kepala JBL Everest 300 bernilai RM799.

 

BLU Pure XR

Model yang terakhir pula menjadi taruhan kepada syarikat ini untuk menunjukkan kebolehan mereka, dengan memperkenalkan model flagship dikenali sebagai BLU Pure XR. Hadir bersama paparan 5.5 inci HD penuh Super AMOLED yang cukup tajam dan jelas, ketahanan skrin tidak patut dipandang rendah dengan Corning Gorilla Glass generasi ke-3.

Kamera swafoto masih 8 megapiksel, sementara kamera belakang menggunakan lensa 16 megapiksel dengan bantuan LED flash dan PDAF. Cip pemprosesan agak berkuasa dengan MediaTek 6755 2.0GHz 8-teras 64 bit, bahkan sokongan RAM 4GB dan storan sebesar 64GB yang mampu menyokong microSD menjadikan Pure XR tidak kalah dengan peranti hebat di pasaran masa kini, apatah lagi dengan bateri yang agak besar berkapasiti 3000mAh.

Aplikasi mudah diakses apabila diselak pada sisi paparan

Fungsi pengesan cap jari seperti biasa terletak di bahagian butang Home, model ini ditambah dengan ciri istimewa 3D Touch membolehkan anda menekan skrin dengan tekanan untuk melancarkan beberapa fungsi tambahan pada beberapa aplikasi.

Harga yang ditawarkan bagi spesifikasi yang tinggi ini agak memuaskan dengan RM1799 bagi setiap pembelian akan mendapat percuma speaker mudah alih JBL Charge 3 SE yang bernilai RM829.

Sepuluh model yang diperkenalkan didatangkan dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow. Sebagai tambahan, model-model yang diperkenalkan hadir dengan jaminan dua tahun (tahun pertama tukaran 1 untuk 1). Setiap pembelian boleh dibuat di laman sesawang jualan atas talian Lazada.

You might also like