
HTC One X10 Akan Memasuki Pasaran Di Russia
Anda mungkin pernah mendengar khabar angin tentang telefon pintar HTC One X10 sebelum ini, kerana tidak mahu tergopoh-gopoh syarikat dari Taiwan ini menarik keputusan untuk tidak melancarkannya pada bulan Januari yang lalu dan akan membangunkannya dengan sebaik mungkin.
Bagaimanapun, pihak HTC telah mengumumkan negara yang terawal akan menerima kedatangan One X10 ini adalah Russia selewat-lewatnya bulan ini. Jika dilihat pada gambar di bawah ini, tidak mustahil One X10 ini hadir bersama bateri yang besar dengan ketebalan yang dapat dilihat. Menurut sidang media yang dilakukan, pihak pengeluar akan memuatkan bateri sebesar 4000mAh pada peranti ini.
Slogan yang digunakan pula “Big style meets bigger battery” ini sudah pasti bahawa HTC akan memberikan pengalaman hiburan tanpa henti kepada para penggunanya. Selain bahagian bateri, peranti ini kemungkinan didatangkan dengan paparan 5.5 inci 1920 x 1080 HD penuh, pengimbas cap jari di bahagian belakang, RAM sebanyak 3GB dan tidak lupa cip pemprosesan MediaTek Helio P10. Harga pula pada USD355 (kira-kira RM1,566).