LG Mempatenkan Rekaan Peranti Pintar Dengan 16 Kamera Utama, Biar Betul?!

1098
- Iklan -

Sebelum ini kita pernah digemparkan dengan berita mengenai Nokia 9 yang bakal hadir dengan lima kamera di belakangnya. Jika anda rasa ianya sudah cukup banyak, TERNYATA ANDA SILAP!

Terbaru, tersebar pula maklumat mengatakan LG kini mempunyai perancangan yang lebih ‘gila’ apabila mempatenkan peranti pintar terbaharu keluaran mereka dengan sejumlah 16 kamera utama.

Memetik sumber, LG bakal menempatkan modul kamera segi empat dalam grid 4×4 dan perletakan itu diselaraskan kepada lengkungan tertentu bagi membolehkan lensa berbeza mengambil gambar daripada pelbagai sudut perspektif.

Sumber juga menyatakan, peranti pintar itu boleh mengambil gambar daripada pelbagai arah secara serentak dan kemudiannya, pengguna boleh memilih hasil gambar terbaik untuk digunakan.

Pengguna juga boleh menggabungkan gambar yang diambil oleh kanta berbeza untuk menjadikannya sebuah imej bergerak. Selain itu, LG turut meletakkan sebuah ‘cermin’ kecil pada bahagian belakang bagi memudahkan proses mengambil gambar selfie.

Bagaimanapun, apa yang sudah ‘bocor’ di media sosial itu hanyalah ‘ura-ura’ sahaja dan masih belum muktamad. Jadi, sama-sama kita tunggu dan lihat sahaja ya~

[SUMBER], [SUMBER 1]

_________________________________________________________________

Baca juga :