
Alibaba Group sebuah organisasi gergasi dari China hari ini melancarkan festival beli-belah global 11.11 melalui platfom e-gadang Malaysia dengan memperkenalkan gedung atas talian Tmall menerusi aplikasi Taobao. Kempen beli-belah atas talian yang dijalankan ini dikatakan adalah yang terbesar akan diadakan untuk tahun ini secara global.

Tmall memilih Malaysia sebagai pasaran utama mereka untuk rantau Asia Tenggara dengan menawarkan lebih daripada 140,000 jenama yang meliputi barangan seperti fesyen, aksesori wanita, peralatan rumah, dan berbagai lagi. Jualan diskaun menarik ini akan berlangsung selama satu hari sahaja pada 11 November 2017 (Sabtu) ini bermula pada pukul 12 tengah malam.
Barangan yang dijual di dalam Taobao adalah 100% dari China dan setiap barangan diletakkan tanda harga dalam mata wang China iaitu RMB. Jika anda berminat untuk membeli, pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit e-perbankan Malaysia. Malahan, anda akan ditawarkan cashback (pulangan tunai) sebanyak RM30 jika pembelian dibuat melebihi RM300 melalui Taobao.

Seperti yang diketahui, jika penghantaran antarabangsa dibuat anda akan dikenakan kos kurier yang agak tinggi tetapi menggunakan Taobao, kosnya hanya bermula pada RM0! Di samping itu, jika transaksi minimum sebanyak RMB299 (RM200) dibuat, anda juga akan menerima potongan harga sebanyak RMB50 (RM33) untuk perkhidmatan penghantaran melalui jalan laut.
Bagaimana untuk menyertai, caranya mudah sahaja:
- Anda perlu memuat turun aplikasi Taobao di Play Store atau App Store.
- Daftar maklumat peribadi.
- Masukkan nombor telefon dan alamat e-mel.
- Tetapkan kata laluan.
- Anda boleh mula membeli!
Apa yang menarik mengenai aplikasi ini, jika anda berminat dengan sesuatu barang misalnya pakaian gaun rakan anda sedang pakai. Anda mungkin boleh membelinya terus melalui Taobao dengan mengimbas pakaian tersebut dan Taoabo akan mencari gaun yang sama atau seiras dengannya pada harga yang terbaik. Mudah bukan!


Walau bagaimanapun, aplikasi ini hanya ditawarkan dalam bahasa Cina sahaja, buat masa ini tiada bahasa Inggeris atau bahasa lain disediakan.
Maklumat lanjut, boleh layari laman Tmall.com.

