Reviu Eksklusif: Moto Z² Play – Hadir Bersama Moto Mod Baharu

HARGA: RM1,999

Akhirnya Moto Z² Play telah dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan yang membawa spesifikasi yang berbeza berbanding sebelum ini dari segi reka bentuk, kapasiti memori, kamera dan juga bateri. Di samping itu, beberapa aksesori modular baharu Moto Mods juga turut diperkenalkan.

Rekaan yang berbeza berbanding model terdahulu melihatkan perubahan kedudukan garisan antena dan sensor pengimbas cap jari, selain mengekalkan saiz paparan IPS 5.5 inci 1080P HD penuh di depan. Bukan itu sahaja, lensa penggambaran dan kapasiti bateri yang direndahkan masih berbaloi untuk dimiliki.

 

PERBEZAAN SPESIFIKASI

PAKEJ PEMBELIAN

  1. Kotak Pembungkusan
  2. Moto Z² Play
  3. Adapter pengecas TurboPower (5V1.6A / 9V1.6A / 12V1.2A)
  4. Kabel USB
  5. Earphone
  6. Ear-bud
  7. Pin slot kad
  8. Buku manual & kad waranti

 

FIZIKAL

5.5 Inci HD Penuh

Dari segi paparan skrin, Moto Z² Play masih mengekalkan paparan skrin Super AMOLED berukuran 5.5 inci sama pada model sebelum ini. Malah sokongan beresolusi 1080 x 1920 piksel sudah cukup untuk menjanjikan tahap keterangan yang baik, dan juga paparan imej yang berkualiti terutamanya ketika berada di bawah cahaya matahari.

 

Pengimbas Cap Jari

Bahagian bawah skrin telah menempatkan satu sensor pengimbas cap jari dengan rekaan mirip seperti butang Home jenis capacitive.

Kami sememangnya agak mengagumi kepantasan sensor ini kerana anda boleh terus mengaktifkan paparan skrin apabila peranti dalam mod sleep. Malah sentuhan selama beberapa saat pada sensor ini membolehkan skrin dimatikan.

 

Kamera Utama

Berbeza dengan rekaan kamera utama generasi sebelum ini, Moto Z² Play menampilkan kemasan kamera utama yang telah diperbaharui rekaannya.

Walaupun dibekalkan dengan lensa beresolusi direndahkan kepada 12 Megapiksel berbanding 16 Megapiksel sebelum ini, bahagian atasnya telah disediakan dengan Dual Real Tone Flash.

 

Slot Kad

Bahagian atas kerangka telah menempatkan satu slot kad yang perlu diakses menggunakan pin yang disediakan dalam pakej pembelian.

Apa yang menariknya tentang slot kad Moto Z² Play ini, ia menampilkan dua slot kad bersaiz nano dan juga satu slot kad microSD yang berasingan, bukannya jenis hibrid seperti kebanyakan peranti lain.

 

Butang Kawalan

Jika sisi kiri kerangka tidak dilengkapi dengan sebarang butang, sisi kanannya pula disediakan dengan dua butang kawalan fizikal iaitu butang melaras volume dan juga butang kuasa.

Bagi membolehkan anda membezakan kedua-dua butang ini dengan lebih mudah tanpa melihatnya, butang kuasa memiliki tekstur pada permukaannya.

 

Port USB & Audio

Seperti biasa, bahagian bawah kerangka menempatkan satu port microUSB dan juga port 3.5mm audio jack.

Menariknya, Moto Z² Play telah dilengkapi dengan port terbaru jenis USB Type-C yang menjadi tren pada peranti kelas atasan masa kini. Lebih istimewanya, port USB ini juga turut menyokong fungsi USB OTG.

 

APA YANG COOL?!

Penggambaran Utama & Depan

Salah satu fungsi menarik yang tersedia yang dimiliki oleh Moto Z² Play pastinya lensa penggambarannya. Walaupun hanya resolusinya telah direndahkan kepada 12 Megapiksel berbanding 16 Megapiksel sebelum ini, ia masih menawarkan hasil gambar yang cantik terutamanya di kawasan gelap.

Penggambaran Utama

Malah dengan adanya sokongan dual auto fokus, dua LED flash dan juga aperture f/1.7, ia memastikan hasil gambar yang lebih terang dan dalam masa yang sama mengurangkan isu noise.

Penggambaran Depan

Manakala bagi yang gemar berswafoto pula, Moto Z² Play telah dibekalkan lensa hadapan beresolusi 5 Megapiksel dengan dual LED flash serta sokongan mod Beautification yang boleh dilaras mengikut kehendak pengguna.

HASIL GAMBAR

Outdoor
Outdoor
Potret
Swafoto

 

Moto Display

Sama seperti fungsi ‘Raise to Wake’ pada iPhone yang membolehkan paparan skrin diaktifkan apabila peranti diangkat, fungsi ‘Moto Display’ pada Moto Z² Play juga menawarkan fungsi yang sama. Tetapi lebih menariknya, selain daripada kaedah mengangkat peranti untuk melihat masa ataupun notifikasi, anda juga boleh mengaktifkan paparan skrin dengan menggerakkan peranti tersebut.

Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh terus mengawal notifikasi yang diterima dengan meleretkan ikon notifikasi ke atas untuk mengakses notifikasi tersebut, atau meleretkannya ke bawah untuk menyingkirkannya, dan juga meleretkannya sama ada ke kiri atau ke kanan untuk mengabaikannya buat sementara waktu.

 

Moto Actions

Fungsi ‘Moto Actions’ membantu anda untuk menggunakan pergerakan pada peranti sebagai akses pantas terhadap fungsi dan juga tindakan ke atas peranti.

Terdapat enam kaedah kawalan disediakan seperti berikut:-

One button nav

One button nav – Anda boleh menggunakan sensor pengimbas sebagai butang kawalan tipikal Android iaitu meleretkan jari ke kiri untuk Back, meleretkan jari ke kanan untuk Recent Apps, dan sentuh sekali untuk Home.

 

Chop Twice for Flashlight

Chop Twice for Flashlight – Pegang peranti dan buat gerakan seperti memotong sebanyak dua kali untuk mengaktifkan lampu flash dan juga menutupnya samada dalam mod sleep ataupun standby.

 

Twist for Quick Capture

Twist for Quick Capture – Pegang peranti dan pusingkan tangan anda sebanyak dua kali untuk mengaktifkan kamera ketika berada dalam mod sleep.

 

Swipe to shrink screen

Swipe to shrink screen – Kini anda boleh mengaktifkan mod one-handed bagi membolehkan anda menggunakan peranti dengan menggunakan sebelah tangan. Untuk mengakses fungsi ini, anda hanya perlu meleretkan jari dari bawah ke atas skrin.

 

Pick up to stop ringing

Pick up to stop ringing – Apabila fungsi ini diaktifkan, anda boleh mematikan nada dering apabila panggilan diterima dan mengaktifkan getaran dengan kaedah mengangkat peranti tersebut.

 

Flip for Do Not Disturb

Flip for Do Not Disturb – Anda boleh meletakkan permukaan skrin ke bawah sekiranya tidak mahu diganggu kerana fungsi ini akan mematikan bunyi apabila anda menerima notifikasi ataupun panggilan masuk.

 

ZON UJIAN

Anda bercadang ingin membeli peranti terbaru dengan bajet di bawah RM 2,000?! Perkara utama yang sering dilakukan oleh pengguna sudah tentunya dengan membandingkan beberapa model yang dijual pada harga yang setanding di pasaran.

Jadi bagi membantu pengguna di luar sana untuk membuat keputusan, kami telah membandingkan Moto Z² Play dengan beberapa model yang juga dijual pada harga RM1,999 seperti berikut…

ZON UJIAN 1 : BENCHMARK

PENDAPAT: Tidak dinafikan lagi bahawa keupayaan prestasi pemproses Qualcomm Snapdragon 626 yang disokong oleh Moto Z² Play boleh dianggap agak baik secara keseluruhannya dan setanding jika dibandingkan dengan pesaingnya yang lain di pasaran. Apa yang pasti sokongan pemproses ini menjanjikan penggunaan tenaga yang lebih efisien dan sesuai untuk anda yang gemarkan memainkan permainan mudah alih.

 

ZON UJIAN 2 : PENGECASAN PANTAS

Walaupun hanya dibekalkan dengan bateri berkapasiti 3000mAh, Moto Z² Play telah dilengkapi dengan teknologi Power Battery saver. Fungsi ini mampu menjimatkan bateri telefon pintar ini dan masa penggunaan yang agak panjang berbanding dengan penggunaan biasa.

Lebih menariknya, masa mengecas juga terasa jauh lebih pantas dengan adanya sokongan pengecas pantas yang dikenali sebagai TurboPower yang mampu mengecas dari 0% hingga 100% dalam masa kurang daripada 2 jam sahaja.

  1. Telefon pintar mula dicas apabila bateri hanya tinggal 5%
  2. Selepas 15 minit dicas peratusan bateri naik sebanyak 29%
  3. Selepas 30 minit dicas peratusan bateri naik sebanyak 68%
  4. Masa yang diambil untuk mengecas penuh Moto Z² Play hanya mengambil masa selama 1 jam 50 minit.

 

EKSTRA!!!

Beralih kepada aksesori modular, Moto Mods baru didatangkan dalam 4 jenis seperti:

I) Moto TurboPower Pack – Bateri tambahan untuk Moto Z2 Play berkapasiti 3,490mAh yang menyokong pengecasan pantas.

II) JBL SoundBoost 2 – Menyediakan pembesar suara 2x3W terus menjadikan ia sebagai sistem stereo dengan sokongan bateri tambahan 1,000mAh. Di bahagian belakang terdapat kick stand dan modular ini juga kalis percikan air.

III) Moto Style Shell – Mod ini dicorakkan dengan grafik dan pad pengecas tanpa wayar.

IV) Moto GamePad – Model ini merupakan produk terbaru dalam barisan modular dengan butang kawalan permainan termasuk dua joystick serta D-Pad serta disediakan dengan bateri 1,035mAh.

 

KOMEN

Sekiranya anda bercadang untuk memiliki smartphone baru dengan bajet harga lebih kurang RM2000, pemilihan Moto Z² Play masih boleh dipertimbangkan. Menawarkan spesifikasi yang terkini, telefon pintar ini hadir dengan kerangka logam kukuh dan kelihatan premium, ditambah dengan menggunakan port Type-C yang menjadi tren telefon pintar kelas atasan hari ini.

Lebih istimewanya, walaupun menyokong kapasiti bateri yang masih dianggap kecil, ia hadir bersama sokongan pengecasan pantas yang dikenali sebagai TurboPower. Malah kehadiran lensa penggambaran 12 Megapiksel masih menghasilkan gambar yang cantik, setanding dengan Moto Z² Play yang dilengkapi penggambaran utama beresolusi 16 Megapiksel. Jika anda sangat mementingkan kualiti penggambaran yang sangat baik, Moto Z² Play berbaloi untuk dimiliki!

Selain itu, ia juga menampilkan sokongan dua slot kad SIM dan juga satu slot kad microSD yang berasingan. Namun begitu, Moto Z² Play masih memiliki kekurangan sebagai sebuah peranti kelas atasan seperti paparan skrin dengan saiz bezel yang agak besar, tidak seperti kebanyakan peranti lain yang mula menerapkan rekaan bezel yang nipis. Malah ia juga menampilkan rekaan permukaan lensa yang besar dan timbul dari panel belakangnya.

 

You might also like