
Jika ada diantara anda yang sudah memiliki honor 8 Pro, kami yakin anda tidak akan berasa galat. Sebaliknya, jika yang masih belum memilikinya, kami ada sedikit info yang akan membuatkan anda mempertimbangkannya.
Pertama sekali, tidak semua pengguna ingin mengeluarkan wang yang banyak untuk memiliki sebuah telefon pintar baharu. Memandangkan ekonomi negara yang tidak kukuh, ramai lebih memilih untuk menjimatkan wang sekiranya perlu. Walaupun begitu, honor 8 Pro juga dikatakan peranti yang termahal honor Malaysia pernah pasarkan – ia juga produk terbaik honor setakat ini.
Tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak, honor 8 Pro mampu menandingi telefon pintar lain yang dijual pada harga RM2,000 sehingga RM3,000. Di samping itu, keupayaan cip pemproses yang dimiliki honor 8 Pro juga amat memuaskan. Ia boleh memainkan permainan mudah alih popular, Mobile Legend dengan baik sekali. Lantas menjadikan permainan tersebut dilantik sebagai permainan rasmi oleh honor.
Bukan setakat itu sahaja, telefon pintar ini dipilih oleh rata-rata pengguna khusus untuk bermain permainan mudah alih. Ruangan di atas dan di bawah skrin memberi genggaman yang selesa. Pengguna juga tidak akan tersalah menekan butang malah ia juga memudahkan jari jemari untuk berehat. Malahan, honor 8 Pro juga menyediakan paparan beresolusi 2K pada skrin 5.7 inci, ini sekaligus memberikan pengalaman hiburan yang lebih baik kepada pengguna.
Tidak hanya tertumpu pada hiburan, honor 8 Pro juga hadir dengan dwi kamera utama 12 +12 Megapiksel (Monochrome + RGB). Sensor ini menjanjikan penggambaran yang baik setara kamera profesional lain di luar sana. Manakala, kamera depan didatangkan dengan ciri Beautification, filters, dan mod potret. Persembahan video juga menyokong kualiti sehingga 4K.
Buat masa ini, honor adalah jenama yang sedang membangun di Malaysia dan secara global ia juga telah mencatatkan prestasi yang memberansangkan. Untuk itu, honor 8 Pro bukanlah satu produk flagship killer tetapi ia adalah sebuah flagship yang dijual pada harga berpatutan. Pada harga RM1,999, peranti ini lengkap dengan ciri yang diinginkan.


