Rasai Pengalaman VR Dengan Honor 8 Pro – Dibina Khusus Untuk Hiburan

Honor 8 Pro dan kotak VR

Pengalaman hiburan kini lebih maju dengan adanya realiti maya (VR) di telefon pintar. Sehubungan dengan itu, Honor 8 Pro yang baru dilancarkan minggu lalu menawarkan hiburan menggunakan kotak VR disediakan bersama aplikasi sedia terpasang Jaunt VR.

Roadshow bertempat di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang

Kini anda boleh merasai sendiri pengalaman realiti maya di mana-mana sahaja tanpa risau. Honor 8 Pro yang dilengkapi dengan paparan 2K QHD 5.7 inci menghemburkan resolusi mengagumkan sehingga 515ppi.  Pemproses Kirin 960 dan cip grafik Mali-G71 dengan Vulkan API menyokong permainan mudah alih dengan baik sekali. Ditambah pula bateri berkapasiti 4,000mAh, ia tidak membantutkan hiburan anda sepanjang hari.

Roadshow bertempat di IOI City Mall, Putrajaya

Honor 8 Pro dan kotak VR adalah gandingan yang cukup mantap dijual pada harga RM1,999 di seluruh Malaysia. Pembelian juga boleh dibuat secara atas talian di Vmall Malaysia.

Kunjungi kedai Honor di Queensbay Mall serta Roadshow Honor 8 Pro di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang dan IOI City Mall, Putrajaya pada tarikh berikut :-

Lokasi
Tarikh
Waktu
Sunway Carnivall Mall, Pulau Pinang
13 Julai – 31 Julai 2017
10am – 10pm
IOI City Mall, Putrajaya
20 Julai – 24 Julai 2017
10am – 10pm
You might also like