KidZania Kuala Lumpur Anjur Program KidZ & Tech Sempena Cuti Sekolah Ini

pic 1Sempena cuti persekolahan yang akan bermula dari 28 Mei sehingga 12 Jun ini, KidZania Kuala Lumpur telah menganjurkan satu program barharu yang dinamakan sebagai KidZ & Tech untuk golongan kanak-kanak di negara ini. Program ini telah dijayakan melalui kerjasama dengan rakan-rakan kongsi iaitu Microsoft Malaysia, Sasbadi Holdings, Panasonic, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dan juga Universiti Multimedia.

Objektif program ini dibuat adalah bertujuan untuk meningkatkan pemahaman kanak-kanak tentang teknologi-teknologi baharu yang berupaya menarik minat golongan ini untuk merasai sendiri persekitaran pembelajaran yang kreatif.

Selain mampu menarik minat komuniti muda ini, aktiviti-aktiviti yang akan disediakan dalam program ini juga mampu memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah, memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari tentang dunia di sekeliling dan juga pemikiran pengkomputeran yang akan membantu mereka apabila dewasa kelak.

Empat aktiviti utama yang akan diadakan:

  • Pengekodan: “Hour of Code” memperkenalkan asas-asas pengekodan dan pemprogaman komputer, menerusi permainan komputer terkenal Minecraft.
  • Robotics: Terokai asas-asas kejuruteraan robotik dan pemprograman menerusi WeDo daripada LEGO® Education.
  • Realiti Berperantara: “Dinosaurs Come to Life” memberikan gambaran tentang bagaimana teknologi realiti berperantara boleh merangsang pemikiran di masa hadapan.
  • Holografi: Melangkah ke dunia unjuran holografi dan belajar menghasilkan piramid tayangan 3D – sebuat alat mudah yang membolehkan anda menonton hologram 3D dan video-video di telefon pintar atau tablet.

pic 2Bagi anda yang berminat menghantar anak-anak anda untuk menyertai Program KidZ & Tech ini, KidZania Kuala Lumpur telah menawarkan diskaun istimewa sehingga 30% untuk masa terhad dan anda boleh melayari LAMAN RASMI untuk maklumat lanjut.

You might also like