
Digi dengan kerjasama UN Global Compact Network Malaysia (UN-GCMY) telah melancarkan program Bluenumber iaitu satu pendaftaran percuma dan dihasilkan sendiri ke profil petani kecil dalam sistem kompleks pengeluaran makanan dan pertanian. Program ini memberikan mereka identiti digital yang unik dan megiktiraf peranan mereka dalam menyelesaikan keselamatan tentang makanan. Justeru itu, petani dapat berhubung dengan rakan-rakan dan orang lain dalam rantaian bekalan pertanian di peringkat global secara tidak langsung membuka ekonomi kepada kedua-dua belah pihak.

Setakat ini, 1,000 petani di Malaysia telah mendapat identiti digital mereka semasa fasa perintis pada akhir tahun lepas. Dengan inisiatif ini, ia dapat membina komuniti digital yang kukuh dan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menjadi sebahagian daripada ekonomi digital negara. Kaedah ini mewujudkan industri pertanian yang mampan dengan menyediakan platfom yang relevan serta sambungan kerjasama dan peluang yang lebih baik.

Oleh itu, Digi telah membangunkan aplikasi dipanggil Digi Bluenumber membolehkan petani mengambil bahagian dengan memasukkan maklumat seperti nama, jantina, lokasi, nombor telefon atau e-mel bagi mendapatkan identiti digital unik ini. Mereka juga diberi pilihan untuk memuat naik maklumat lain yang mempunyai akses kepadanya.
Untuk sebarang maklumat tentang Bluenumber, anda boleh terus ke laman Bluenumber.