
Sambutan bulan Ramadan dimeriahkan lagi dengan promosi potongan harga dari OPPO untuk model A37 dengan harga RM598 daripada RM728. Kempen ini diadakan untuk memberi pengguna membuat persiapan pada Hari Raya Aidilfitri nanti.
OPPO A37 memberikan pengalaman fotografi yang menarik dengan adanya kamera belakang 8 Megapiksel dengan sensor 1.4µm manakala kamera depan pula disediakan 5 Megapiksel yang mampu merakam gambar di bawah cahaya yang malap.
Tambahan pula, OPPO juga ingin memberi hadiah yang merupakan sebuah telefon pintar OPPO R9s Black Edition kepada pemenang dalam ‘O-club Photography Contest’ yang diadakan sepanjang bulan perayaan ini.
Kepada anda yang ingin memenangi OPPO R9s Black Edition boleh mengikuti langkah ini:-
- ‘Like’ halaman ‘O-Club Malaysia’.
- Rakam gambar mengikut tema ‘Selamat Hari Raya dengan OPPO’.
- Muat naik gambar ke halaman Facebook ‘O-Club Malaysia’.
- Pengguna boleh merakam ‘wefie’ menggunakan kamera OPPO atau bahan yang berkaitan dengan ‘OPPO Hari Raya’.
- Pastikan guna hashtag #OclubMalaysia #OPPOCS+(nombor kedai konsep) untuk melayakkan diri.
- Peraduan bermula dari 1 Jun 2017 hingga 30 Jun 2017.
Peserta yang mendapat ‘Like’ terbanyak akan membawa pulang satu unit OPPO R9s Black Edition. Selain itu, 5 peserta cabutan bertuah akan diberikan set fon telinga Bluetooth OBH-02 setiap seorang. Pemenang akan diumumkan pada 3 Julai 2017 di Facebook O-Club Malaysia.

