
Melalui Facebook, OPPO Malaysia telah berkongsi mengenai penurunan harga bagi model OPPO A57. Sebelum ini, telefon pintar ini telah dijual pada harga RM1,089.
Terbaru, harganya telah diturunkan sebanyak RM399 kepada RM699 dan boleh dibeli secara atas talian di Lazada. Dengan setiap pembelian OPPO A57 akan disertakan sekali casing dan juga pelindung skrin.
Promosi ini telah bermula semalam (8 Mac 2018), tetapi tidak pula diberitahu sehingga bila ianya berlangsung serta hadir dengan dua pilihan warna iaitu Emas dan juga Rose Gold. Cepat dapatkan sementara stok masih ada!