OPPO A57 Berada Di Pasaran Malaysia April ini

April ini OPPO A57 sah akan masuk ke pasaran Malaysia! Kepada kaki fotogenik ini berita baik buat anda, pengguna akan menikmati naik taraf kamera swafoto lebih baik di peranti A57 ini.

Fungsi Palm Shutter untuk mengambil gambar swafoto telah dinaiktaraf di peranti ini, anda hanya cuma menggunakan telapak tangan di hadapan paparan untuk mengaktifkan fungsi ini. Kesan bokeh memantapkan lagi spesifikasi kamera hadapan OPPO A57 ini.

Hadir dengan 3GB RAM serta 32GB storan dalaman dengan sokongan kad microSD sehingga 256GB, OPPO A57 menggunakan lapan-teras 1.4GHz Cortex-A53, dibekalkan paparan skrin jenis IPS LCD 5.2 inci (1280 x 720).

Tambahan pula, peranti ini dimuatkan dengan bateri sebesar 2900mAh, membolehkan anda menonton video tanpa henti selama 11 jam. Peranti ini akan didatangi dengan warna Gold dan Rose Gold, harganya pula belum lagi diumumkan oleh pihak OPPO.

 

Spesifikasi
Sistem Operasi Android 6.0 Marshmallow
Cipset Qualcomm MSM8940 Snapdragon 435
CPU Octa-core 1.4GHz Cortex-A53
GPU Adreno 505
Skrin IPS LCD 5.2 inci, 1280 x 720 (~282ppi)
Dimensi / Berat 149.1 x 72.9 x 7.7mm / 147g
Kamera Kamera Utama: 13 megapiksel, f/2.2 aperture, PDAF
Kamera Hadapan: 16 megapiksel, f/2.2 aperture
Memori ROM: 32GB (sokong microSD sehingga 256GB)
RAM: 3GB
Bateri 2900mAh

 

 

You might also like