Xiaomi Mi 5X Dilancarkan Dengan Sokongan Dwi Kamera, Snapdragon 625

Secara rasminya hari ini Xiaomi Mi 5X telah dilancarkan dengan menampilkan ciri-ciri dan spesifikasi telefon pintar kelas-pertengahan. Apa yang boleh dilihat ialah peranti ini menawarkan rekaan dan kemasan yang premium dengan kehadiran sistem dwi kamera.

Bagi anda yang sudah mengikuti perkembangan sebelum ini, Xiaomi Mi 5X tidak banyak membawa kejutan selain dilengkapi dengan paparan bersaiz 5.5 inci HD penuh serta kuasa bateri berkapasiti 3,080mAh. Perisian dalaman yang menggunakan Android Nougat dan MIUI 9 pula dibantu RAM 4GB dan storan sebesar 64GB.

Set cip Snapdragon 625 pula menjadi nadi utama peranti ini disamping sistem dwi kamera 12 Megapiksel di bahagian belakang mampu mengambil gambar dalam mod bokeh. Perkakasan kamera yang diletakkan juga dikatakan sama seperti model Xiaomi Mi 6 dengan ciri-ciri yang mungkin sama.

Bahagian luaran pula, Xiaomi Mi 5X turut dilengkapi dengan speaker audio berkualiti tinggi malah sentuhan pada fizikal pula dikatakan tidak meninggalkan kesan cap jari.

Ketika ini ia ditawarkan dengan tanda harga CNY1,499 (kira-kira RM950) untuk model 4GB/64GB termasuk dengan warna pilihan Gold, Black, dan Rose Gold.

You might also like