

LG Electronics (LG) kini mengumumkan bahawa aplikasi Apple TV secara rasminya sudah boleh dimuat turun di televisyen pintar LG 2019 dan tersedia untuk lebih daripada 80 buah negara. Dengan apl Apple TV, pemilik LG TV boleh melanggan saluran Apple TV – langganan terus ke perkhidmatan video premium (tersedia secara online & offline), mengakses video iTunes dan membeli lebih daripada 100,000 filem atau rancangan yang menarik.

Televisyen pintar LG 2019 juga menyokong Apple AirPlay 2 – membolehkan pengguna untuk berkongsi kandungan dari iPhone, iPad atau Mac secara terus ke televisyen. Pengguna juga boleh memainkan muzik di TV dan sync dengan Pembesar suara yang serasi dengan AirPlay 2. Tidak ketinggalan, ia juga menyokong Apple Homekit – membolehkan pengguna mengawal televisyen dengan mudah menerusi aplikasi utama di iPhone atau iPad.

