[RASMI] 17 Julai 2018, Tarikh Pelancaran OPPO Find X Di Malaysia

Bagi yang menanti kedatangan OPPO Find X di pasaran tempatan, anda boleh menarik nafas lega kerana OPPO Malaysia hari ini telah mengumumkan pelancaran rasmi Find X yang bakal berlangsung pada 17 Julai 2018.

Seperti yang diketahui, OPPO Find X dipadankan skrin penuh bersaiz 6.4-inci OLED dengan resolusi FHD+. Penggambaran dwi-kamera utama 20MP + 16MP dan kamera swafoto 25 MP turut dilengkapi sensor 3D untuk ciri Omoji dan ciri Face Unlock.

Selain dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 845, peranti canggih ini diserikan bersama RAM 8GB dan storan sebesar 256GB. Sumber kuasa pula berkapasiti sebesar 3,730mAh yang menyokong pengecasan pantas VOOC.

OPPO Find X dioperasikan sistem antaramuka Color OS berlandaskan Android 8.1 Oreo yang menyokong AI (kecerdasan buatan) untuk lebih efisyen.

You might also like