KEF LS50 Wireless, Sistem Audio Tanpa Wayar Kelas Premium

Bersempena dengan pembukaan butik konsep pertamanya di Malaysia, KEF memperkenalkan LS50 Wireless, sebuah sistem audio yang kompak, lengkap dan sempurna. Dari ciri fizikalnya ia saling tidak tumpah seperti model terdahulu, LS50.

Fokus KEF pada sistem audio ini adalah bagi memberikan pengguna sistem audio yang lengkap tanpa perlu komponen berasingan. Set LS50 merupakan sebuah sistem audio yang lengkap, di mana secara konvensionalnya anda memerlukan komponen berasingan untuk mendapatkan sebuah sistem audio yang berkualiti dan lengkap.

LS50 Wireless menawarkan bunyi halus dan terperinci yang memberikan pendengar pengalaman audio multi-dimensi yang hebat walaupun ia mempunyai saiz yang kecil. Kemampuan speaker ini terletak kepada rekaan driver Uni-Q yang menjadi kebanggaan KEF. Uni-Q merupakan cap mohor KEF di mana teknologi ini dibina di dalam hampir semua produk mereka di seluruh dunia.

Dari segi sambungan pula, LS50 adalah sistem audio yang mesra pengguna. Ia dilengkapi 2.4GHz/5GHz Dual Band WiFi, Bluetoooth 4.0 dengan aptX Codec, Asynchronous USB Type B, TOSLINK Optical dan RAC Phono bagi membolehkan sambungan kepada pelbagai sumber.

Informasi Tambahan
  • Rekaan akustik LS50 5.25 inci driver Uni-Q dengan Constrained Layer Damping Bracing
  • Rekaan pembetulan masa Digital Signal Processing (DSP) oleh KEF yang khusus
  • Tetapan EQ yang disesuaikan
  • Penyahkodan 192kHz/24bit DAC beresolusi tinggi pada setiap pembesar suara
  • Sambungan Dual Band WiFi
  • Bluetooh 4.0 dengan aptX Codec
  • Sambungan Asynchronous USB
  • Input digital TOSLINK Optical
  • Input l&R RCA Analog
  • Output Subwoofer (boleh dikawal menggunakan aplikasi Android dan iOS)
  • Sokongan aplikasi Android dan iOS
  • Panel kawalan sentuhan
  • Pilihan warna Titanium Grey & Red, Gloss Black & Blue dan Gloss White & Copper.

KEF LS50 Wireless boleh didapatkan dari butik KEF di Encorp Strand Mall, Tingkat 1 pada harga RM 10,999 (termasuk GST).

You might also like