
River Power Station – Boleh Caj Sehingga 11 Peranti Secara Serentak!
PowerBank Berkapasiti 116,000mAh!
Cukup Luar Biasa!
Periuk elektrik?! Ya, inilah respon pertama bagi sesiapa yang melihat produk ini. Dengan reka bentuk luar biasa, produk yang diberi nama River Power Station ini menawarkan fungsi yang amat luar biasa dan berguna kepada anda semua.
Menurut Ecoflow, sebuah syarikat yang memperkenalkan River Power Station, ia merupakan powerbank yang mempunyai kapasiti bateri sebesar 116,000mAh yang mampu mengecas peranti smartphone anda sebanyak 30 kali ke atas.

Dengan ukuran 25 x 16 x 20.8cm dan berat 5kg, walaupun agak besar berbanding powerbank mudah alih yang tersedia di pasaran, tetapi dengan kemampuan yang ditawarkan padanya, ukuran sebegini boleh dikatakan amat kompak. Ia boleh mengendalikan arus sehingga AC 412Wh dengan kuasa maksimum 500W, mempunyai Universal DC Input, 2 USB-C Ports, 2 AC Outputs, 2 DC Outputs, 4 Fast-Charge Outputs dan pengecas kereta 12v.

Selain boleh mengecas peranti smartphone, produk ini juga boleh digunakan untuk peralatan komputer riba, dron atau peti sejuk. Keupayaannya bukan sekadar pada sokongan pengecasan, bahkan turut hadir dengan ciri-ciri lekapan pintar seperti anti-overheating serta rintangan air dan suhu yang melampau.

River memerlukan kira-kira 6 jam untuk mengecas penuh sekiranya disambungkan ke palam kuasa dalam rumah, sementara mengambil masa 9 jam jika disambungkan ke soket pemetik rokok dalam kereta.
Memandangkan produk ini sesuai digunakan untuk aktiviti luar, maka ia turut menyediakan pengecasan solar. Walaupun kelajuan pengecasannya akan terjejas oleh cuaca, kira-kira 10 hingga 15 jam untuk diisi penuh, tetapi proses pengecasan solar ini sangat mesra alam.

Nak beli? Layari Ecoflow.

