Huawei nova 3 Bakal Dilancarkan Julai Ini

Siri Huawei nova yang lebih memfokuskan pada golongan muda-mudi, kini akan bertambah satu lagi ahli baharu iaitu nova 3 pada bulan Julai nanti. Baru-baru ini laman weibo telah pun mendedahkan satu video yang dibintangi oleh Duta Antarabangsa Huawei nova Terkini Jackson Yee (易烊千玺), seorang penyanyi, penari dan pelakon yang sangat terkenal.

Melalui gambar yang tertiris di weibo, jelas memperlihatkan model terkini nova 3 hadir dengan dwi-kamera utama, LED flash serta pengimbas cap jari dengan penggunaan warna yang lebih moden dan muda. Tambahan lagi, ada khabar angin mengatakan nova 3 bakal menyokong pemproses Kirin 710 yang lebih berkuasa.

Adakah spesifikasi begitu berkuasa akan diletakkan pada badan nova 3? Kita nantikan pelancaran seterusnya.

Baca Juga:

 

You might also like