Tema Baru Untuk Telefon Pintar Huawei Sempena ‘Love Our Malaysia Themes Design’

Telefon pintar Huawei yang diperkenalkan semuanya hadir dengan tema siap pasang serta menawarkan pelbagai pilihan tema menarik untuk digunakan oleh pengguna. Terbaru, Huawei Malaysia telah bekerjasama dengan KDU University College menghasilkan tema baru yang diinspirasikan untuk negara tercinta, Malaysia.

Ia adalah hasil kerja kreatif daripada pelajar-pelajar kolej KDU serta pereka lain sempena pertandingan reka cipta bertemakan ‘Love Our Malaysia Themes Design’ yang dianjurkan baru-baru ini. Tiga orang pemenang utama telah dipilih oleh ilustrator dan artis digital terkemuka negara, Chong Fei Giap yang merupakan pengasas bagi Loka Made Gallery.

Bagi pengguna Huawei, anda boleh mula mendapatkan tema-tema menarik ini melalui aplikasi Huawei Themes yang tersedia pada peranti anda. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh layari laman Facebook Huawei Malaysia.

You might also like