Nike X PlayStation Bakal Melancarkan Kasut Terbaharu Pada 1 Disember 2018?!

Nike bakal memperkenalkan kasut terbaharu, PlayStation x Nike PG 2.5 hasil kerjasama dengan PlayStation pada 1 Disember 2018, dibawah siri Paul George (PG).

Keluaran istimewa ini diinspirasikan oleh permainan lagenda Sony, PlayStation One (PSOne). Bagi mereka yang memiliki alat permainan ini, warna yang terdapat pada kasut ini pastinya mampu menarik perhatian anda! Lebih istimewa, empat simbol popular PlayStation turut menghiasi bahagian belakang dan atas kasut berkenaan.

Tidak ketinggalan, logo PlayStation dan Paul George yang ada pada kasut sebelum ini masih dikekalkan. Bagaimanapun, berkemungkinan besar agak sukar untuk didapatkan kasut edisi terhad ini di pasaran tempatan kerana tidak akan dibawa masuk secara rasmi.

Harganya yang ditawarkan oleh kasut ini juga bukan murah kerana model pertama harganya sekitar £900 (kira-kira RM4,835).

[SUMBER]

You might also like