- Iklan -

Rekaan Pelindung Skrin Samsung Galaxy A8s Tertiris, Mungkin Model Pertama Hadir Dengan Paparan Infinity-O?

- Iklan -

Media sosial kini dibanjiri dengan maklumat mengenai ketirisan rekaan pelindung skrin Samsung Galaxy A8s yang dikatakan mempunyai lubang kecil pada sudut kiri atas skrin untuk kamera swafoto.

Pendedahan ini sekaligus menguatkan lagi ura-ura bahawa Galaxy A8s mungkin akan menjadi telefon pintar pertama keluaran Samsung yang hadir dengan paparan Infinity-O.

Berdasarkan gambar yang tular, juga jelas memaparkan Galaxy A8s bakal didatangkan dengan bezel yang sangat nipis di samping dagu yang sedikit tebal. Meskipun hadir dengan rekaan skrin yang besar namun Samsung masih mengekalkan fizikal yang ergonomik bagi memberikan keselesaan pada penggunanya.

Bagaimanapun, tidak banyak maklumat yang diketahui mengenai Galaxy A8s terutama sekali dari segi ciri khasnya. Jadi, sama-sama kita tunggu~

[SUMBER], [SUMBER 1], [SUMBER 2]

_________________________________________________________________

Baca juga :

- Iklan -

You might also like