
LG G Pad IV 8.0 Dilancarkan – Tablet Kecil Dengan Paparan HD Penuh
Selepas kejayaan dalam penjualan LG G Pad III 8.0 FHD, pada tahun ini pula LG mengambil kesempatan melancarkan pula versi terbaru LG G Pad IV 8.0 FHD yang mana dikuasakan dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 435 lapan teras 1.4GHz dan memori RAM 2GB serta storan 32GB yang menyokong kad microSD sehingga 2TB.
Kamera di depan dan belakang disediakan lensa 5 Megapiksel, paparan skrin pula HD penuh 1920 x 1200 jenis IPS bersaiz 8 inci. Tablet ini dioperasikan oleh Android 7.0 Nougat dengan berat keseluruhan hanya 290g sahaja.
Berat yang ringan ini dicipta khas bagi memudahkan para wanita dan anak muda membawanya bersama ke mana sahaja. Buat masa ini, ia hanya dijual di Korea Selatan dengan tanda harga KRW352,000 iaitu sebanyak RM1,310 selepas tukaran mata wang.

