Minecraft Starter Collection Kini Tiba – Ditawarkan Pada Harga RM129

Permainan Minecraft Starter Collection kini secara rasminya ditawarkan di pasaran tempatan! Pun begitu, difahamkan buat masa ini permainan ini hanya dilancarkan secara digital. Untuk versi fizikal bakal tiba pada 16 Januari kelak. Bagi yang berminat, kedua-dua versi ini ditawarkan pada harga RM129 menerusi PSN Store.

Minecraft Starter Collection menerima pelbagai kemas kini baharu dengan bundle lebih menarik. Kini, pemilik permainan Minecraft boleh mendapatkan Minecraft Starter Collection yang termasuk permainan asas bersama item dalam permainan termasuk :

  • Permainan penuh Minecraft
  • 700 PS4 Token
  • Pek kostum Minecraft 1
  • Mash-Up mitologi Yunani
  • Pek tekstur bandar Minecraft
  • Mash-Up Little Big Planet
You might also like