vivo V17 kini Rasmi – Beri Imej Terbaik Menerusi Lensa 48MP & Dijual Pada Harga RM1,699

Menghampiri penghujung tahun 2019, namun vivo tidak memperlahankan langkahnya apabila telah merasmikan satu lagi peranti baharu yang dikenali sebagai vivo V17. Hadir dengan 2 varian warna iaitu Crystal White dan Admiral Blue, ia bakal dijual pada harga RM1,699 bermula 21 Disember 2019.

vivo V17 tampil dengan skrin yang sangat baik iaitu 6.44″ FHD+ Super AMOLED Ultra O Screen, nyata mampu memberikan tontonan terbaik kepada pengguna kerana kamera swafoto bersaiz kecil hanya terletak di sisi atas kanan.

Teknologi pengimbas cap jari pada skrin (In-Display Fingerprint Scanning) turut disokong pada V17, dengan ketumpatan piksel cap jari yang lebih tinggi dan algoritma yang lebih canggih, ia membolehkan pengguna menyahkunci peranti dengan lebih selamat dan mudah.

Bukan itu sahaja, ia turut dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 675 AIE Octa-core dan dipadankan dengan aspek memori 8GB RAM + 256GB ROM, sekaligus menjanjikan prestasi terbaik dalam kelasnya.

vivo V17 menggunakan FunTouch OS 9.2 (berdasarkan Android 9), dibekalkan bateri berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan Dual-Engine Fast Charging yang mana membawa ketahanan yang lebih tinggi bahkan pengecasan yang lebih pantas menggunakan port USB-C.

Tambahan menarik, vivo V17 juga hadir dengan sokongan ciri Ultra Game Mode yang mana ia mampu menawarkan pengalaman permainan yang cukup baik tanpa diganggu oleh notifikasi. Ciri-ciri menarik yang lain termasuk juga Multi-Turbo dan “Voice Changer”, kedua-duanya memastikan pemain dapat menikmati prestasi permainan pada tahap tertinggi.

Kamera vivo V17 sangat baik dihadirkan dengan AI kuad kamera utama 48MP (f/1.8) + 8MP Super Wide-Angle (f/2.2) + 2MP Macro (f/2.4) + 2MP Bokeh (f/2.4), manakala kamera swafoto adalah 32MP (f/2.45).

Bagi melengkapkan lagi pilihan penggambaran yang lebih profesional, V17 juga menawarkan mod ciri “Super Night Mode” dan “Super Night Selfie” bagi meningkatkan lagi hasil penggambaran yang lebih jelas tanpa menjejaskan kualiti gambar pada waktu malam.

Pra-tempahan boleh dibuat melalui vivo Official Store mulai hari ini, setiap penempahan akan mendapat baucar bernilai RM50 dan hadiah misteri lagi. Jualan pertama akan bermula 21 Disember, di semua kedai sah vivo dan vivo Official Store.

______________

Artikel Berkaitan:

 

You might also like