
Sempena musim perayaan Krismas, Acer Malaysia hari ini telah mengumumkan tawaran diskaun RM300 untuk Acer Swift 3 varian Intel® UHD Graphics 620 dan NVDIA GeForce MX250 yang masing-masingnya berharga RM2,399 (harga asal RM2,699) dan RM2,699 (harga asal RM2,999).
Bukan sahaja ada tawaran diskaun, Acer Swift 3 juga menerima sedikit penambahbaikan di mana kini ia tersedia dalam storan 512GB SSD dan siap dipasang dengan Microsoft Office Home & Student 2019 bernilai RM529.

Spesifikasi Acer Swift 3
- Pemproses 8th Gen Intel® Core™ i5
- 8GB DDR4 RAM
- Paparan 14 inci Full HD + Acer Color Intelligence™
- Hayat bateri sehingga 12 jam
- USB Type-C + USB 3.0
- Teknologi Acer BluelightShield™
Acer Swift 3 tersedia dalam pilihan warna Sparkly Silver dan boleh dibeli melalui laman rasmi Acer dan penjual sah terpilih di seluruh negara.

