

Celcom telah menarik perhatian ramai dengan memperkenalkan pakej baru yang dinamakan M4GIC SIM. Ia adalah kesinambungan kepada pelan MAGIC SIM yang telah dilancarkan pada Jun 2015 lalu. Berbanding MAGIC SIM yang lama, kadar panggilan ke rangkaian lain pada M4GIC SIM lebih tinggi iaitu pada kadar 24 sen seminit. Tetapi istimewanya, ia menawarkan panggilan percuma tanpa had ke rangkaian sama yang tiada pada kad SIM sebelum ini.
M4GIC SIM membolehkan pengguna memilih pelan Internet yang sesuai dengan gaya penggunaan mereka. Terdapat 5 pilihan pelan yang ditawarkan iaitu S, M, L, XL dan 2XL.
- Pelan S – Pelan harian berharga RM8 dengan 1GB data
- Pelan M – Pelan mingguan berharga RM18 dengan 1GB data
- Pelan L – Pelan bulanan berharga RM38 dengan 4GB data
- Pelan XL – Pelan bulanan berharga RM48 dengan 5GB data
- Pelan 2XL – Pelan bulanan berharga RM68 dengan 7GB data
Selain daripada jumlah kuota yang dilanggan, pengguna pelan bulanan juga akan mendapat 2GB kuota percuma untuk penggunaan pada hujung minggu sahaja serta panggilan tanpa had ke semua rangkaian Celcom. Manakala pengguna yang melanggan pelan Internet Bulanan XL dan 2X akan menerima panggilan percuma ke rangkaian lain sebanyak 30 minit dan 60 minit.
Pengguna MAGIC SIM yang lama masih terus boleh menggunakan pelan mereka seperti biasa dan pelan terbaru ini boleh dibeli selagi stok masih ada. Maklumat lanjut mengenai M4GIC SIM, sila layari laman rasmi www.xpax.com.my/magicsim
