OPPO F15 Bakal Muncul Pada Januari 2020 – Sokong Tiga Kamera Utama?

OPPO ada kejutan lagi! Selepas muncul dengan OPPO Reno3, kini syarikat terkemuka itu dikatakan bakal muncul dengan satu lagi model iaitu OPPO F15 – dijadualkan bakal diperkenal pada Januari kelak di India.

Imej dan video penggoda juga kini telah mula dikongsi – peranti dilihat membawakan rekaan takuk kecil dan diselitkan dengan sokongan tiga kamera utama. Jika diteliti tiada sokongan pengimbas cap jari fizikal ditemui pada bahagian belakang – berkemungkinan bakal menggunakan sokongan pengimbas cap jari terbina pada skrin.

Tidak banyak yang diketahui tentang telefon pintar ini pada masa ini. OPPO juga masih berteka teki mengenai tarikh pelancaran rasminya. Jadi, sama-sama kita tunggu kejutan apa yang bakal dibawakan oleh OPPO untuk kali ini.

You might also like