- Iklan -

Siri realme narzo 20 Kini Rasmi – Dijual Pada harga Bermula Dari RM699!!!!

Berita baik apabila peranti gaming pertana realme iaitu realme narzo 20 dan narzo 20 Pro kini telah rasmi dan dijual pada harga bermula dari RM699!!!

Bagi yang ingin memiliki peranti ini, ia akan mula dijual pada 11 November ini menerusi Lazada dan ia dijual pada harga lebih murah iaitu RM549 bagi narzo 20 dan RM899 bagi narzo 20 Pro dan ia terhad pada tarikh tersebut sahaja.

realme narzo 20 tampil dengan skrin 6.5″ HD+ dan disertakan dengan pemproses Mediatek Helio G85 dan hadir dengan RAM sebesar 4GB dan storan sebesar 64GB. Kamera juga baik apabila ia disertakan dengan 48MP + 8MP + 2MP bagi kamera belakang dan 8MP bagi kamera hadapan. Bateri pula adalah 6000mAh.

Dalam pada itu, bagi varian narzo 20 Pro pula ia hadir dengan skrin 6.5″ FHD+. ia turut hadir dengan kadar segar semula 90Hz. Dari kuasa dalaman pula, ia hadir dengan pemproses Mediatek Helio G95 dan disertakan dengan RAm sebsar 8GB dan storan sebesar 128GB. Kamera belakang pula adalah 48Mp + 8MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapan 16MP.

Berikut adalah harga peranti ini:

You might also like