- Iklan -

SSG Membuka Pejabat di Toronto, Kanada Untuk Memenuhi Pertumbuhan Di Rantau Amerika Utara Buat Kali Pertama

Syarikat peneraju penjana permintaan B2B global akan membawa penyelesaian pemasaran berasaskan data yang inovatif kepada pelanggan B2B Kanada dengan khidmat pasukan sokongan tempatan dengan pembukaan pejabat ketiga mereka tahun ini. 

DENVER dan TORONTO, 3 November 2020 /PRNewswire/ — Selling Simplified Group, Inc. (SSG) hari ini mengumumkan pembukaan pejabat mereka di Toronto, Kanada sebagai pusat perkembangan perniagaan syarikat tersebut di Amerika Utara. Tatkala pertumbuhannya mencatat rekod paling tinggi pada tahun 2020, lokasi baharu ini merupakan yang ketiga untuk SSG tahun ini di peringkat global dan mengukuhkan lagi pegangan mereka di pasaran Amerika Utara.

Global B2B demand gen leaders Selling Simplified will bring innovative, data-driven marketing solutions to Canadian B2B clients delivered by a local support team in Toronto in their third office opening this year.
Global B2B demand gen leaders Selling Simplified will bring innovative, data-driven marketing solutions to Canadian B2B clients delivered by a local support team in Toronto in their third office opening this year.

SSG, sebuah syarikat penjana permintaan B2B global yang mengawal lebih daripada 165 juta rekod B2B, mengembangkan teknologi proprietari yang bermatlamatkan kelancaran serta analisis usaha pemasaran digital untuk pelanggan mereka di seluruh dunia. Beribu pejabat di Denver, Colorado, SSG mempunyai 12 pejabat di seluruh dunia. Lokasi terbaru ini merupakan yang kedua di Amerika Utara.

Jag Sidhu, Ketua Pegawai Operasi dan pengasas bersama, menyebut tentang pembukaan ini, “Walaupun dalam situasi global kini yang pertama kali terjadi, 2020 merupakan tahun paling kukuh buat kami kerana pemasar beralih kepada syarikat digital maju seperti kami untuk menstabilkan dan mengembangkan saluran dalam pasaran yang tidak menentu. 

“Langkah strategik kami ke Toronto membantu kami memberikan perkhidmatan kepada pelanggan kami yang semakin meningkat di Amerika Utara dengan penuh dedikasi, serta membolehkan kami mempelbagaikan dan menyebarkan keupayaan operasi dan kreativiti kami dengan lebih jauh.”

Dengan mengikuti model kejayaan yang telah terbukti, SSG akan melengkapkan lokasi Toronto mereka dengan pakar jualan, kejayaan pelanggan, data, operasi serta pakar kreatif yang paling sesuai untuk memahami keperluan pelanggan serantau dan kawal selia data serta menghasilkan produk yang berkualiti dan berdaya saing.

“Visionayr, penyelesaian pemasaran kami yang lengkap dengan teknologi pengecaman niat tersuai serta hab kandungan berjenama, menjadi pembeza untuk kedua-dua portfolio produk dan pelanggan kami,” sambung Sidhu. “Dipadankan dengan data pihak pertama dan penyelesaian program, kami yakin bahawa pasaran B2B Kanada akan cepat bergantung pada kami sebagai rakan kongsi sebenar mereka dalam penyelesaian penjanaan permintaan yang inovatif.”

Penyelesaian SSG Visionayr dan tawaran Integrated Programmatic yang baru dilancarkan akan tersedia kepada pelanggan Kanada dengan segera, kedua-duanya disandarkan pada rekod dan kepintaran dari pangkalan data pemasaran B2B mereka yang merangkumi 6.4 juta rekod B2B Kanada. 

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/11/ssg-membuka-pejabat-di-toronto-kanada-untuk-memenuhi-pertumbuhan-di-rantau-amerika-utara-buat-kali-pertama.jpg

Source: PRNEWSWIRE

You might also like