OPPO F9 Bakal Mendarat Di Pasaran Tempatan Ogos 2018?!

989
- Iklan -

OPPO Find X baru sahaja dilancarkan di pasaran tempatan, hari ini pihak OPPO telah mengumumkan peranti yang dinanti-nantikan lama ini iaitu OPPO F9 akan mendarat pada bulan Ogos nanti.

Melalui gambar yang disebarkan oleh OPPO, F9 mempunyai rekaan takuk yang lebih kecil berbanding peranti tersedia di pasaran. Bentuk titisan air adalah rekaan skrin kali ini, yang menggambarkan inspirasi dari keindahan alam semula jadi. Menurut OPPO, pengguna akan menikmati pengalaman visual yang lebih selesa dengan skrin hampir penuh yang mampu mencapai nisbah skrin-ke-kerangka sebanyak 90.8%.

Buat masa kini tiada maklumat selanjutnya diketahui, kita tunggu spesifikasi dari OPPO nanti.

 

Baca Juga: Edisi OPPO Find X Automobili Lamborghini