Xiaomi Umumkan Peranti Redmi Dengan Kamera 64MP – Hadir Dengan Samsung GW1 sensor

Xiaomi hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan Samsung Isocell bagi menghadirkan peranti yang mempunyai kekuatan kamera yang menakjubkan iaitu 64MP bagi jenama Redmi.

Menariknya, kamera ini menggunakan Samsung’s GW1 sensor yang memberikan perincian yang sangat baik pada hasil gambar yang dirakam. Resolusinya telah dipertingkat sebanyak 34%.

Beberapa sorotan bagi kamera ini telah didedahkan. Antaranya adalah Samsung GW1 sensor ini menggunakan 1/1.7 inci ultra-large bottom sensor yang mana ia adalah 34% lebih besar berbanding 4800.

Samsung GW1 sensor ini turut menyokong pixel-isolated ISOCELL PLUS technology bagi memastikan warna yang terhasil adalah sangat baik. Ia juga mampu mengurangkan noise yang terdapat di dalam imej yang dirakam. Ia juga hadir dengan sokongan hybrid 3D HDR.

Dalam pada itu, Xiaomi turut memberi bayangan bahawa peranti Xiaomi bakal tiba yang mana ia bakal hadir dengan sensor 108MP dengan resolusi 12032 x 9024 piksel tidak lama lagi. Namun masih tiada sebarang maklumat terperinci mengenainya. Jadi sama-sama kita nantikan.

______________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like