
Raya Haji dah nak dekat, pasti ramai yang plan nak balik ke kampung kan? Korang risau jalan sesak? Chill-lah! Jangan bimbang, Waze kongsi ramalan trafik untuk membantu anda menandu dengan berhemah dan tiba di destinasi lebih pantas. Berikut adalah ramalan trafik tersebut :
Ramalan 1 : Terdapat Lebih Ramai Pengguna Menggunakan Jalan Raya
Berdasarkan data tahun 2018, Waze meramalkan bahawa pengguna jalan raya pada musim perayaan ini akan meningkat sebanyak 39% berbanding hari-hari biasa. Oleh itu, bersedia untuk mengharungi trafik yang sesak!

Ramalan 2 : Lebih Ramai Pengguna Akan Mengisi Minyak Dengan Lebih Kerap
Cuti yang panjang – bermakna lebih banyak perjalanan dan perhentian di stesen minyak bagi mereka yang pulang jauh. Waze meramalkan akan berlaku peningkatan navigasi ke stesen minyak – dijangka sebanyak 38% berbanding hari-hari biasa.

Ramalan 3 : Lebih Ramai Membeli – Belah
Waze juga meramalkan terdapat peningkatan mendadak sebanyak 95% bagi navigasi berkaitan makanan – kebanyakannya melibatkan restoran makanan segera. Pada masa sama, Waze turut meramlkan akan berlaku peningkatan sebanyak 25% untuk navigasi ke pusat membeli belah dalam tempoh yang sama.

Jadi Pengguna Bijak – Tips Menarik Untuk Semua!
Apa? Pening? Relax dan jadilah pengguna bijak! Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda memandu dengan selamat dan berhemat pada musim perayaan ini :
TIPS 1 : GUNAKAN WAZE SEPANJANG PEMANDUAN
Waze mendatangkan pengguna untuk menggunakan waze sepanjang pemanduan bagi membantu mereka mendapat maklumat trafik dalam masa sebenar. Justeru, pengguna akan lebih mudah untuk merancang perjalanan dengan lebih tepat.

TIPS 2 : PILIH LALUAN ANDA
Gunakan Waze kerana ia sering memberikan informasi lalu-lintas yang cepat pada masa sebenar. Melaluinya, pengguna boleh memilih laluan terbaik termasuklah jalan tanpa tol.
TIPS 3 : BUKA LAGU & MERIAHKAN SUASANA DENGAN MUZIK KEGEMARAN!
Terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang melampau? Meriahkan suasana dengan memainkan muzik ataupun poscast menerusi satu rakan kongsi audio Waze, seperti, Spotify, Deezer, iHeartRadio, NPR, Pandora, Scribd, Stitcher, dan TuneIn.
Muat turun aplikasi Waze secara percuma menerusi :

