
Facebook Membangunkan Aplikasi Sosial Ala-Ala Snapchat?
Gergasi media sosial dunia, Facebook dikatakan sedang giat membangunkan sebuah aplikasi sosial yang menggunakan gambar dan video sebagai medium interaksi utama. Menurut beberapa sumber, aplikasi yang sedang dibangunkan itu menawarkan ciri dan fungsi yang hampir sama dengan aplikasi Snapchat, selain itu Facebook juga dilaporkan akan menyertakan sekali fungsi live streaming.
Aplikasi tersebut dilihat sebagai salah satu usaha dari Facebook bagi mengekalkan pengguna di dalam ekosistem mereka. Menurut statistik terdapat penurunan yang ketara pada jumlah pengguna yang berkongsikan kandungan pada laman Facebook utama, kebanyakan pengguna Facebook kini hanya melayari Facebook bagi mengetahui perkembangan semasa tanpa berkongsi apa-apa maklumat dan kandungan. Jadi bagi memastikan Facebook kekal relevan pada masa akan datang, mereka bersiap sedia untuk tampil dengan medium yang baru.

