Moto Z2 Play Dilancarkan Bersama Moto Mod Baharu

Akhirnya Moto Z2 Play dilancarkan yang membawa peningkatan dari segi spesifikasi, reka bentuk, kamera dan juga bateri. Disamping itu, beberapa aksesori modular baharu Moto Mods juga diperkenalkan. Rekaan yang berbeza berbanding model terdahulu melihatkan perubahan kedudukan garisan antena dan sensor pengimbas cap jari selain mengekalkan saiz paparan IPS 5.5 inci 1080P HD penuh di depan.

Perkakasan dalaman menerima cip pemproses Snapdragon 626 dan pilihan RAM 3GB atau 4GB. Storan dalaman pula diberikan pilihan sama ada 32GB atau 64GB juga hadir bersama slot kad microSD. Bahagian kamera belakang disediakan 12 Megapiksel f/1.7 dwi PDAF yang menyokong rakaman video sehingga 4K manakala kamera depan pula 5 Megapiksel f/2.2 bersama lensa sudut lebar. Kapasiti bateri menerima sebanyak 3,000mAh kecil berbanding 3510mAh seperti sebelumnya. Pengecasan pantas TurboPower pula disalurkan melalui kabel USB Type-C dan bersama dengan Bluetooth 4.2 serta fungsi NFC.

Beralih kepada aksesori modular, Moto Mods baru didatangkan dalam empat jenis seperti:

Moto TurboPower Pack

  • Bateri tambahan untuk Moto Z2 Play sebanyak 3,490mAh yang menyokong pengecasan pantas

JBL SoundBoost 2

  • Menyediakan pembesar suara 2x3W terus menjadikan ia sebagai sistem stereo dengan bateri tambahan 1,000mAh. Di bahagian belakang terdapat kick stand dan modular ini juga kalis percikan air.

Moto Style Shell

  • Mod ini dicorakkan dengan grafik dan pad pengecas tanpa wayar.

Moto GamePad

  • Model ini merupakan produk terbaru dalam barisan modular dengan butang kawalan permainan termasuk dua joystick serta D-Pad juga dimuatkan dengan bateri 1,035mAh.

Moto Z2 Play akan mula dijual di Brazil pada harga USD499 (lebih kurang RM2,145) dan Moto Mods, USD79.99 (lebih kurang RM342) kecuali Moto Style Shell dengan harga USD39.99 (lebih kurang RM171).

https://www.youtube.com/watch?v=LoiHLMgpmJ8

You might also like