Reviu Eksklusif: Moto Z, Pengalaman Unik Dengan Sokongan Moto Mods

moto-z-all

HARGA: RM 2,699

Moto Z, nama baru dengan abjad terakhir bukanlah petanda bahawa ia adalah pengakhiran barisan Moto X, mahupun usaha terakhir dari Lenovo untuk menghidupkan semula jenama Moto. Pada pendapat kami, ianya lebih simbolik kepada satu-satunya peranti yang mendekati konsep modular dengan cara paling berbeza, namun sangat efektif. Ikuti pengalaman unik dan ulasan kami sepanjang menggunakan Moto Z.

moto-z-play
Moto Z Play, RM 1,799

Selain Moto Z yang khusus untuk kategori high-end, Moto Z Play turut diperkenalkan yang dikategorikan sebagai peranti mid-range. Walaupun tampil dalam kategori berbeza, Moto Z dan juga Moto Z Play tetap menyokong satu persamaan yang sama iaitu sokongan ekosistem Moto Mods yang sememangnya unik.

 

 

SPESIFIKASI MOTO Z & MOTO Z PLAY

spec

Impresi Pertama Yang Baik

Kualiti rekaan dan binaan premium.
Kualiti rekaan dan binaan premium

Kemas dan elegan, itulah tanggapan pertama yang muncul ketika pertama kali memegang Moto Z semasa majlis pelancarannya tidak lama dahulu, dengan itu kami serba sedikit sudah tahu apa yang harus dijangkakan apabila peranti ini tiba di pejabat.

Bonggol kamera yang agak tinggi, namun apabila dipasangkan Style Shell, kamera berada selaras dengan badan peranti.
Bonggol kamera yang agak tinggi, namun apabila dipasangkan Style Shell, kamera berada selaras dengan badan peranti.

Secara keseluruhannya, Moto Z dibina dengan baik sekali oleh Lenovo. Bermula dari panel hadapan yang dibina dengan Corning Gorilla Glass 4, kerangka aluminium di sekeliling peranti dan panel belakang Moto Z jelas menampilkan rekaan premium yang solid.

 

Paparan, Transisi LCD ke AMOLED

3-1Peranti Moto X yang dilancarkan tahun lalu menampilkan paparan jenis LCD, tahun ini Moto menukar pendekatan mereka dengan memasang paparan AMOLED pada peranti flagship mereka, dan kami pasti ramai tentu menggemari paparan AMOLED.

Paparan AMOLED mempunyai banyak kelebihan, ia memancarkan warna dengan lebih baik dan meriah, warna hitam yang lebih dalam serta jitu, prestasi paparan skrin di kawasan luar yang lebih baik dan juga mesra kuasa. Kelebihan inilah yang menyebabkan ramai orang lebih cenderung memilih peranti dengan paparan AMOLED. Anda bakal mendapatkan semua kelebihan ini dengan Moto Z yang  dilengkapi paparan 5.5 inci Quad HD (2560 x 1440 piksel) AMOLED.

3-2Lenovo juga menyertakan pilihan mod paparan pada Moto Z, anda boleh memilih di antara mod paparan Standard yang memaparkan warna yang lebih tepat dan jitu dengan objek sebenar, ataupun memilih mod Vibrant yang memaparkan imej dengan warna lebih meriah dan menonjol, namun sedikit berbeza dari warna asal objek. Kami memilih mod Vibrant kerana mahukan paparan Home yang lebih menonjol dan sedap dipandang.

 

Butang Fizikal Dan Pengimbas Cap Jari

1Rekaan dan kualiti binaan Moto Z amat baik sekali pada pandangan kami, namun ia masih tidak terlepas dari beberapa kekurangan. Salah satunya adalah pada butang fizikal yang terletak di bahagian sisi peranti. Ketika artikel ini ditulis, kami masih mempunyai masalah menekan butang kuasa dan kawalan audio tanpa melihat, kerap kali tertekan butang yang salah dan lama kelamaan perkara ini amat menjengkelkan.

Ketiga-tiga butang di sisi ini mempunyai saiz dan jarak yang sama, hanya butang kuasa sahaja yang mempunyai tekstur bergerigi. Walaupun Lenovo cuba memberikan perbezaan bertekstur, masih agak sukar mengenal pasti perbezaan butang tersebut tanpa melihat. Adalah lebih baik sekiranya butang-butang tersebut dibezakan sekali dengan saiz, bentuk atau kedudukan, berbanding dengan hanya tekstur sahaja.

Beralih pula kepada pengimbas cap jari, ramai yang tahu bahawa OnePlus 3 merupakan salah satu peranti dengan pengimbas cap jari terpantas. Apabila menukar kepada Moto Z dan mencuba pengimbas cap jari peranti ini, kami berasa kagum juga kerana nampaknya Moto Z setanding pada kategori ini. Pengimbas cap jari Moto Z dibina di bahagian bawah panel paparan 2dan mempunyai bentuk segi empat tepat, walaupun rasakan sedikit janggal tetapi unik. Pengimbas cap jari ini adalah jenis kapasitif dan mempunyai fungsi terhad, ia hanya digunakan untuk log masuk dan mengunci peranti sahaja (tap dan hold lama untuk kunci peranti), namun alangkah baik sekiranya ia juga digunakan untuk pergi ke home screen, satu fungsi yang akan memudahkan pemilik peranti.

 

Bateri

Tidak banyak yang boleh diharapkan dari segi kapasiti bateri pada peranti senipis ini, Moto Z hanya mempunyai kapasiti bateri 2,600mAh. Jika anda seorang pengguna dengan corak penggunaan yang berat dan sederhana, sudah pasti anda perlu mengulang cas dalam masa sehari.

Ketahanan bateri Moto Z  boleh dipertingkatkan dengan menggunakan komponen modular. Walau bagaimanapun, kami akan menyentuh bahagian modular di bahagian lain berlainan kerana ia sedikit panjang dan kami dedikasikan ruangan khas untuk modular Moto Z.

 

• Screenshot penggunaan bateri di mana kami menguji bateri ini secara 
ekstrem dengan melakukan ujian benchmark, bermain permainan, melayar 
Inernet dan lain-lain, masa operasi di dalam keadaan ini boleh mencapai 
sehingga dua jam lebih. Sekiranya anda menggunakan Moto Z dengan corak 
penggunaan normal, anda boleh mencapai masa yang lebih lama.

 

Perisian

Bagi mereka yang meminat sistem operasi tanpa bloatware, anda pasti menghargai sistem operasi dan perisian yang siap terbina di dalam peranti ini. Pada permukaan sistem operasi, anda tidak akan melihat aplikasi bloatware dan hanya beberapa aplikasi asas Google sahaja disediakan. Lenovo juga mengambil langkah bijak dengan hanya menggunakan Google Photos sebagai aplikasi galeri, langkah ini sekaligus mengelakkan dari pembeli mempunyai dua aplikasi yang bertindan. Kerap kali kita dapat melihat peranti yang mempunyai aplikasi Google Photos dan Gallery di mana kedua-duanya menjalankan satu tugas yang sama.

Moto Z tidak hanya mengetengahkan pengalaman sistem operasi yang bersih dan simple. Lenovo masih mengekalkan beberapa ciri yang sinonim dengan jenama Moto di dalam sebuah fungsi yang dikenali Moto Enhancement. Moto Enhancement adalah sebuah sistem yang memudahkan pengguna mengakses dan mengayakan pengalaman penggunaan peranti. Anda boleh mengakses fungsi ini melalui aplikasi Moto yang disediakan, kemudian dari dalam aplikasi terdapat 3 menu yang boleh diakes di mana anda boleh menetapkan fungsi manakah yang mahu diaktifkan.

Mari kita lihat satu persatu fungsi yang ditawarkan. Untuk perhatian anda, fungsi 1 sehingga 7 adalah di bawah menu Actions, diikuti Voice (8) dan Display (9).

approach-for-moto-display attentive-display

  1. Approach for Moto Display

Skrin notifikasi akan diaktifkan apabila anda mendekati skrin peranti.

  1. Attentive Display

Skrin akan sentiasa aktif apabila anda sedang memandang peranti.

 

 

double-karate-chop-for-torch flip-do-not-disturb

  1. Double Karate Chop for Torch

Tahu gerakan karate chop? Sekarang lakukan gerakan tersebut dua kali secara pantas untuk menghidupkan lampu flash.

  1. Flip for Do Not Disturb

Terbalikkan peranti dengan skrin ke bawah untuk mengaktifkan mod Do Not Disturb.

 

pick-up-to-stop-ringingswipe-to-shrink-screen

  1. Pick Up to Stop Ringing

Deringan panggilan akan padam apabila anda mengangkat Moto Z dari kedudukan asalnya.

  1. Swipe to Shrink Screen

Swipe dari bucu skrin untuk mengecilkan paparan, lantas memudahkan anda mengakses fungsi di skrin dengan satu tangan sahaja.

 

twist-for-quick-capture voice

  1. Twist for Quick Capture

“Twist” dua kali peranti dengan pantas untuk mengaktifkan kamera bila-bila masa, termasuk ketika skrin tidak aktif.

  1. Voice

Berikan arahan suara kepada Moto Z untuk melaksanakan tugas.

 

 

display

  1. Display

Paparan notifikasi mesra bateri akan diaktifkan secara berkala apabila skrin dipadamkan.

 

 

 

 

Prestasi

7
Skor benchmark Moto Z berada di kalangan 20 peranti terbaik ketika ini.

Berbekalkan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 820 dan kapasiti RAM 4GB, Moto Z sememangnya mampu memberikan prestasi operasi yang lancar dan stabil. Sepanjang menggunakan Moto Z, aplikasi dilancarkan dengan pantas tanpa ada masalah crash dan lagging. Mari kita lihat kemampuan Moto Z yang diterjemahkan dalam data statistik melalui ujian benchmark.

 

 

 

Kamera, Sedikit 🙁

Antaramuka kamera Moto Z turut hadir dengan mod profesional / manual.
Antaramuka kamera Moto Z turut hadir dengan mod profesional / manual.

Moto Z mempunyai kamera 13 megapiksel yang mempunyai sistem laser autofocus, OIS dan dual-LED flash, namun bagi mereka yang sangat mementingkan prestasi kamera pada sebuah smartphone, anda mungkin akan berasa sedikit kecewa dengan kamera Moto Z. Pada kelas harga sebuah peranti premium, sejujurnya kami juga mengharapkan sebuah kamera yang mampu mencabar flagship lain di pasaran seperti Galaxy S7 Edge juga iPhone 7, bukanlah mengharapkan sebuah kamera yang setanding namun sekurang-kurangnya mampu memberikan cabaran dari segi kualiti keseluruhan.

Sekiranya anda masuk ke galeri dan melihat thumbnail dengan lambang bintang, ini bermakna Moto Z secara automatik mengaktifkan fungsi Best Shot, di mana kamera mengambil beberapa imej sebelum dan selepas anda menekan butang shutter dan memilih imej terbaik untuk anda pilih.
Sekiranya anda masuk ke galeri dan melihat thumbnail dengan lambang bintang, ini bermakna Moto Z secara automatik mengaktifkan fungsi Best Shot, di mana kamera mengambil beberapa imej sebelum dan selepas anda menekan butang shutter dan memilih imej terbaik untuk anda pilih.

Mungkin Lenovo berharap isu kualiti gambar dapat diperbaiki dengan konsep modular, salah satunya seperti modular kamera Moto Z dari Hasselblad. Kalau mahu tahu ulasan kami mengenai modular tersebut, anda boleh baca ruangan ulasan modular Moto Z.

Hasil Gambar
8-2-1
Subjek gambar jelas kelihatan ketika tangkapan diambil di dalam keadaan cahaya yang baik (tidak terlalu cerah mahupun gelap).
Warna asal tanglung ini lebih gelap dari apa yang ditangkap kamera, Moto Z menala warna agar subjek lebih menyerlah.
Warna asal tanglung ini lebih gelap dari apa yang ditangkap kamera, Moto Z menala warna agar subjek lebih menyerlah.
Kualiti gambar masih baik, walaupun begitu butiran imej sdikit “washed out”
Kualiti gambar masih baik, walaupun begitu butiran imej sdikit “washed out”.
Mod HDR menghasilkan gambar dengan talaan cahaya yang baik.
Mod HDR menghasilkan gambar dengan talaan cahaya yang baik.

8-2-58-2-6

Kamera hadapan mampu menghasilkan gambar selfie yang baik, walaupun membelakangkan latar yang bercahaya, subjek tidak terlalu tenggelam dan masih boleh dilihat di dalam gambar.

RUMUSAN

Agak sukar memberikan rumusan keseluruhan pada Moto Z, ada ketikanya kami rasakan peranti ini menepati kemahuan sebagai pengguna, terutamanya dari segi reka bentuk dan binaan serta konsep modular. Namun apabila melihat isu yang dihadapi kamera, kami berasa sedikit kecewa dengan kemampuan kameranya yang sedikit underperforming berbanding peranti flagship lain. Jadi saya persembahkan rumusan saya dalam bentuk skor berikut:

  • Kualiti Binaan & Reka Bentuk ★★★★☆
  • Prestasi : ★★★☆☆
  • Kamera : ★★☆☆☆
  • Konsep Modular : ★★★★☆

 

Teruskan baca ulasan kami mengenai Moto Mods

You might also like