Pengguna Huawei P10 Dan P10 Plus Mula Ditawarkan Android Oreo Beta

Beberapa hari lepas Huawei telah melancarkan program Android Oreo beta untuk peranti Huawei P10 dan P10 Plus. Setakat ini untuk fasa pertama ia ditawarkan kepada para pengguna di Eropah terlebih dahulu. Sehingga artikel ini ditulis, kami masih belum mendapati peranti set Malaysia ditawarkan untuk program beta ini.

Syarikat berkenaan mengumumkan unit Huawei P10 dan P10 Plus yang layak untuk menyertai program beta ini antaranya versi perisian Vtr-l09c432b180, Vtr-l29c432b180, Vky-l09c432b181, dan Vky-l29c432b181.

Jadi, dengan penawaran program beta ini tidak mustahil pada masa akan datang ia akan ditawarkan kepada pengguna di seluruh dunia.

Sumber

You might also like