
Peranti Android Mula Memaparkan Tetingkap Soal Selidik Pada Aplikasi SMS

Pada awal Januari yang lalu, ramai di antara pemilik Pixel 2 berkongsi rasa tidak puas hati mereka apabila Google mengambil pendekatan mengimplementasikan tetingkap soal selidik pada menu tetapan peranti tersebut. Sememangnya proses soal selidik ini hanya mengambil masa yang agak pendek iaitu sekitar satu minit, tetapi kemunculan tetingkap itu dirasakan mengganggu kelancaran dan juga pengalaman pengguna.

Agak mengecewakan kerana Google dilihat tidak begitu menghiraukan respons daripada pengguna kerana tetingkap soal selidik ini turut ditemui pada aplikasi SMS pada sesetengah peranti Android yang lain. Berdasarkan kepada soal selidik itu, ia meminta pengguna untuk memberi penarafan kepuasan terhadap aplikasi tersebut.
Sumber: 9to5google

