
Qualcomm Quick Charge 4+, Lebih Pantas Lebih Efisyen
Sebelum ini Qualcomm menyediakan pengecasan pantas Quick Charge 4.0 pada cip pemproses Snapdragon 835 dengan 20% lebih pantas dan 30% lebih efisyen berbanding Quick Charge 3.0. Kali ini Qualcomm telah memperkenalkan Quick Charge 4+ di mana ia 15% lebih pantas, 30% lebih efisyen dan 3% lebih sejuk berbanding versi sebelumnya. Apa yang telah dikemas kini pada versi terbaru ini masih lagi boleh digunakan melalui cip pemproses yang sama.
Apa yang dinyatakan oleh Qualcomm ialah ia lebih ‘berkuasa’ dan mempunyai ciri ‘Intelligent Thermal Balancing’ yang dapat menyalurkan kuasa pengecasan lebih baik bagi menjaga suhu set cip dan juga peranti. Ciri lain pula dipanggil ‘Advanced Safety’ akan memantau suhu bagi mengelakkan ia daripada berlakunya litar pintas.
Naik taraf ini tidak boleh dimuat naik melalui perisian pada peranti tetapi ia melalui perkakasan dalaman, jadi peranti yang telah menerima Quick Charge 4+ ialah ZTE Nubia Z17 yang baru sahaja dilancarkan pada minggu lepas.

