
Sambutan Hari Raya akan tiba tidak lama lagi, oleh itu, Digi telah menawarkan telefon pintar OPPO A57 secara PERCUMA dengan komitmen bulanan sebanyak RM138 kepada pelanggan yang sudah melanggan melebihi setahun.
Manakala, bagi pelanggan baru pula mereka perlu membayar satu bulan wang pendahuluan (dikembalikan) untuk pelan RM78, RM108 dan RM138.
Lihat Jadual Pelan Pascabayar Digi bersama OPPO A57 di bawah:
OPPO A57 hadir dengan kamera 16 Megapiksel di depan dan 13 Megapiksel di belakang untuk rakaman yang lebih cerah dan lebih jelas. Anda yang berminat boleh dapatkannya dalam pilihan warna Gold dan Rose Gold di semua stor Digi seluruh negara.