Qualcomm Quick Charge 4.0 Tidak Lama Lagi?

1Wow, Qualcomm dikhabarkan akan memperkenalkan protokol cas terbaru, Quick Charge 4.0. Tambah baik yang pasti bagi setiap protokol cas terbaru diperkenalkan adalah masa mengecas. Mari kita lihat dan banding apa pilihan yang ada sekarang.

Protokol Cas

Kuasa

Quick Charge 3.0

18W

Huawei Super Charge

22.5W

Oppo VOOC

20W

 

Dikhabarkan bahawa Quick Charge 4.0 akan membekalkan kuasa 28W kepada smartphone anda, satu tambah baik yang tinggi dari spesifikasi sedia ada. Apabila melibatkan jumlah kuasa yang tinggi, pasti isu keselamatan menjadi topik yang perlu diambil berat. Untuk itu, Qualcomm dikhabarkan akan melengkapkan sistem INOV (Intelligent Negotiation of Optimum Voltage) yang akan mengawal kuasa agar ia lebih mesra bateri dan peranti.

Kami akan kongsikan lebih lagi maklumat berkenaan Quick Charge 4.0 sekiranya ia benar-benar diperkenalkan kelak.

You might also like