
Infinix Mobile menyambut kemasukan rasmi mereka ke Malaysia dengan melancarkan tiga model telefon pintar terbaru, Infinix Zero 4, Infinix Zero 4 Plus dan Infinix HOT 4 Pro.
Menurut Infinix, Asia Tenggara merupakan pasaran bagi peranti mudah alih yang sangat baik dengan potensi perkembangan jenama dan perniagaan yang positif serta permintaan dari pengguna yang berterusan. Mereka juga yakin bahawa peranti Infinix mampu menambat hati pengguna Malaysia berdasarkan kualiti, rekaan dan juga harga yang mereka tawarkan.
Infinix Zero 4 dan Zero 4 Plus
Infinix Zero 4 dan Zero 4 Plus menggabungkan perkakasan dan perisian yang hebat bagi memberikan pengalaman penggunaan yang terbaik buat anda. Sebagai contoh, kamera belakang kedua-dua model ini dilengkapi penstabilan imej optik (OIS), aperture f/2.0 dan susunan 6 keping lensa bagi mendapatkan imej yang baik tanpa diganggu kesan gegaran dan cahaya malap.
Buat masa kini hanya Zero 4 sahaja yang akan mula dijual, manakala tarikh jualan dan harga bagi model Zero 4 Plus akan diumumkan pada bulan April.
SPESIFIKASI
Zero 4 | Spesifikasi | Zero 4 Plus |
151.5 x 76 x 7.75 mm | Dimensi | 160.5 x 82.97 x 8.25 mm |
5.5 inci IPS Full HD | Paparan | 5.98 inci IPS Full HD |
XOS berasaskan Android M (menyokong kemas kini Android Nougat) | Sistem Operasi | XOS berasaskan Android M (menyokong kemas kini Android Nougat) |
MT6753 1.3GHz | Cip Pemproses | MT6797M 2.0GHz Deca-core |
3GB | RAM | 4GB |
32GB dengan sokongan MicroSD sehingga 128GB | ROM | 64GB dengan sokongan MicroSD sehingga 128GB |
16MP | Kamera Belakang | 20.7MP |
8MP | Kamera Hadapan | 13MP |
3200mAh | Bateri | 4000mAh |
RM 999 | Harga | Akan diumumkan |
Infinix HOT 4 Pro
Model ini dikuasakan oleh Android M (XOS) dan mempunyai paparan berkualiti HD 5.5 inci dan dua pembesar suara stereo berkualiti tinggi dan bateri dengan jangka hayat sehingga 48 jam.
Ciri utama pada HOT 4 Pro adalah kualiti bunyi. Model ini dilengkapi Dirac yang mampu memberikan pengalaman audio 3D yang sangat baik dan imersif. Selain itu, ia juga mempunyai kemsapan pada panel belakang yang amat unik berbanding peranti lain di dalam pasaran.
SPESIFIKASI
Spesifikasi | HOT 4 Pro |
Dimensi | 152.6 x 76.2 x 8.8 mm |
Paparan | 5.5 inci HD |
Sistem Operasi | XOS berasaskan Android M |
Cip Pemproses | Quad-core Cortex 1.3GHz |
RAM | 2GB |
ROM | 16GB dengan sokongan MicroSD sehingga 128GB |
Kamera Belakang | 13 MP |
Kamera Hadapan | 5 MP |
Bateri | 4000mAh |
Harga | RM 599 |