
Operator telekomunikasi, XOX Mobile dengan kerjasama Universal Music telah memperkenalkan sesuatu yang baru kepada penggemar muzik di Malaysia.
Dengan harga RM10, pek permulaan ONEMusic memberikan anda akses kepada muzik daripada pelbagai artis seperti Fazura, Bunkface dan ThomasJack, termasuk 36GB data Internet percuma bagi mereka yang berdaftar.
Selain itu pelan ini membawakan tawaran istimewa seperti tiket konsert, barangan artis, peluang untuk berjumpa artis dan bermacam-macam jenis tawaran lain disediakan.
Kaki muzik tunggu apa lagi! Dapatkan ONEMusic hari ini!

