Huawei P9 Tampil Dengan Dua Warna Baru

P9-blue.0Selain perkenalkan siri terbaru Nova, pengeluar terkemuka dari China ini telah mengumumkan penambahan warna untuk Huawei P9, iaitu biru dan juga merah.

P9-red.0Huawei P9 merupakan smartphone flagship Huawei untuk tahun 2016, di mana hadir dengan sokongan spesifikasi yang agak baik. Peranti ini memfokuskan penggambaran dwi-kamera hasil kerjasama dengan pengeluar kamera terkenal, Leica. Penambahan warna ini membolehkan pengguna memiliki warna yang sesuai dengan gaya seharian mereka.

Di Malaysia, Huawei P9 dijual dengan harga RM 2,099.

You might also like