HONOR 20S Diperkenal – Sokong Kirin 810 + Kamera Utama 48MP + Bateri 3,750 mAh

Seperti dijanjikan, HONOR kini memperkenalkan HONOR 20S pada sebuah acara pelancaran yang berlangsung di China, sebentar tadi. HONOR 20S diperkemaskan dengan sejumlah penawaran menarik disamping spesifikasi hebat yang berada dalam kelas tersendiri.

HONOR 20S membawakan paparan bersaiz 6.26″ IPS LCD dengan resolusi FHD+ (2340 x 1080). Peranti ini dibina dengan rekaan hadapan berlubang yang menempatkan kamera selfie sebesar 32MP. Menariknya juga, peranti ini dibina dengan sokongan pengimbas cap jari yang ditempatkan pada sebelah sisi kerangka.

Untuk spesifikasi dalaman, HONOR 20S dibenamkan dengan cip pemproses Kirin 810 (7nm). Peranti ini dibantu oleh persediaan memori dengan pilihan sehingga 8GB RAM dan storan dalaman sebesar 128GB.

HONOR 20S membawakan persediaan tiga kamera utama dengan gabungan lensa : 48MP + 8MP + 2MP – Kamera ini dikatakan juga menyertakan ciri AIS. Seterusnya, peranti ini membawakan bateri berkapasiti 3,750 mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

Tersedia dalam tiga pilihan warna yang menarik, HONOR 20S ditawarkan untuk pasaran China pada harga seperti senarai di bawah :

  • HONOR 20S (6GB + 128GB) – RMB1,899 (kira-kira RM 1,115)
  • HONOR 20S (8GB + 128GB) – RMB2,199 (kira-kira RM 1,290)

You might also like