
Sekian lama menjadi bualan serta igauan orang ramai, Realme kini berkongsi khabar gembira dengan memaklumkan bahawa mereka bakal mengemaskini barisan smartphone mereka dengan satu lagi model baharu iaitu Realme XT!

Menurut Realme, model ini bakal diperkenal secara rasmi pada 30 Oktober 2019! Perkara ini didedahkan sendiri oleh Realme menerusi satu posting di Instagram dan Facebook rasmi mereka. Sedia maklum, Realme XT sememangnya mendapat perhatian ramai dan menjadi bualan warganet sejak awal kemunculannya lagi.


