Samsung Perkenal Rekaan Antaramuka Baharu – One UI

Demi memberikan pengalaman penggunaan terbaik, Samsung sentiasa meningkatkan telefon pintar mereka dengan penambah baikan sejumlah ciri yang canggih.

Sebagai sebahagian daripada proses pembangunan tersebut, Samsung telah memperkenalkan rekaan antaramuka terbaharu mereka dikenali sebagai One UI pada persidangan Samsung Developer Conference (SDC) 2018 baru-baru ini.

One UI merupakan antara muka baru yang telah direka semula dan tampil lebih segar dengan ‘nafas baru’ bagi memudahkan para pengguna. Selain itu, One UI juga dikatakan akan menggantikan Samsung Experience.

Ciri menarik paling ketara pada antaramuka ini ialah ianya meletakkan kandungan paling relavan di bahagian bawah agar mudah dicapai oleh pengguna. Selain itu, penambahbaikan pada visual termasuk ikon turut direka semula di mana ianya kini lebih bulat dan banyak pilihan warna. Malah warna yang ditapis juga memberikan kejelasan yang lebih baik.

Di samping itu, terdapat juga fungsi “Focus Block” yang menempatkan sebilangan aplikasi penting pada skrin agar mudah diakses. One UI turut dilengkapi dengan fungsi mod malam untuk pengalaman yang selesa dalam persekitaran yang gelap. Melalui fungsi ini, ia akan menyediakan paparan lebih selesa terutamanya menggunakan telefon dalam persekitaran kurang cahaya.

Setakat ini, Samsung masih belum memaklumkan mengenai tarikh pelancaran rasmi One UI. Pun begitu, mereka memaklumkan antaramuka ini boleh diuji awal oleh pengguna Android Beta yang mana pada masa ini hanya ditawarkan di China, Perancis, India, Poland, Korea Selatan , Sepanyol, UK dan AS. Maklumat lanjut layari, SINI.

You might also like